MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, June 23, 2011

CUCUR IKAN BILIS LEMBUT

Assalamualaikum......
Alhamdulillah pasukan Malaysia mendahului pasukan Lebanon 2-0. Semoga kemenangan akan menjadi milik Malaysia pada malam ini. Sebenarnya bukan tengok sangat pun sekadar jeling2 je. Petang tadi ada mesyuarat di KOMTAR jadi sebelum pukul 6 dah sampai rumah. Hubby minta buatkan cucur untuk dimakan dengan sambal tumis ikan bilis. Disebabkan malas nak singgah kedai sayur maka gunakan bahan-bahan yang ada kat dalam esbok. Untuk alif diasingkna sedikit bancuhan yang belum dimasukkan sayur. Bukannya apa kalau dia nampak ada sayur hilang terus selera makan. Risau betul le dengan citarasa dia ni, taknak langsung makan sayur. Ok le resepi asal boleh rujuk di SINI.


RESEPI CUCUR IKAN BILIS LEMBUT
Sumber: My homework

Bahan-bahan
  • 200 gm tepung gandum
  • sebiji telur
  • segenggam ikan bilis (rendam kejap kemudian kisar)
  • 1 biji bawang besar ~ dikisar
  • 2 jurai kacang panjang dihiris serong
  • setangkai daun sup (cincang)
  • garam secukupnya
  • minyak untuk menggoreng
  • air secukupnya
Cara-cara
  1. Pukul telur sekejap,kemudian masukkan semua bahan tadi,kecuali minyak,gaul hingga sebati
  2. Panaskan minyak dalam kuali,bila dah panas cucurkan lah adunan tadi
  3. Goreng hingga kekuningan,sedap dimakan bersama sos @ cicah buatan sendiri @ sambal ikan bilis
  4. Sedap dimakan ketika masih panas


    6 comments:

    Nuwairani said...

    sedapnya cicah sos cili ni....

    Juwita Jamaludin said...

    salam kak .. suami pun tgh tengok bola ni sambil2 buat kerja di laptop.. hihihihi isteri berblog plak.. salam kenal kak

    Unknown said...

    assalam kak sam, cucur cicah sos memang sedap...sukax2..hehe

    Sofea said...

    Sam..salah satu petua nak buat cucur jadi lembut, x payah letak telur cuma bancuh dgn dgn air suam..Insyaallah cucur akan lembut dan kalau letak telur akan bau telur lepas cucur tu sejuk..eh faham ke apa yg akak katakan niii..:)

    tun_telani said...

    kak sam.. pagi ni tun pun bekfes cucur ikan bilis. hihi.. tun x suka letak telur, sbb dulu masa kecik2 ada sejarah hitam ngan cucur letak telur nih.. dia senang meletup dlm kuali, pernah tun goreng meletup minyak kene muka! nasib baik laa xde parut. tp 2 minggu jugak laa pegi sekolah ngan muka yg ada kesan lecur tu.. uuhh.. ngeri je bila teringat.. huhu..

    izahdaut said...

    kak sam.. komtar tu masih ok lagi ke? mcm kosong je banyak..ecehh mcm tau sangat.. akakakkaa...

    nak cekodok. ni sedap ni cicah sos cili